Categories: Berita

Angeline Tan Tenang Di Tanah Suci – “Semoga Allah Makbulkan Semua Doa…”

Alhamdulillah.

Pelakon, Angeline Tan melahirkan rasa syukur dapat menjejakkan kaki di Tanah Suci untuk menunaikan umrah buat pertama kali.

Angeline atau nama Islamnya, Ardini Angeline Tan menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya berkongsi beberapa foto sepanjang berada di Tanah Suci.

“Walaupun  di sini 24 jam penuh dengan ramai orang tetapi suasana sangat bersih dan tenang,” tulisnya.

View this post on Instagram

A post shared by Angeline Tan (@angelinetanyy)

Dalam pada itu, bintang sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu itu juga berjanji akan cuba membaca segala doa yang dikirimkan kepadanya.

“Ramai yang kirim doa pada Angeline. Family, kawan-kawan, sahabat-sahabat artis, team crew yang sama-sama berjuang, kawan yang dalam IG dan lain-lain lagi.

“Angeline janji… Angeline akan doa dan minta dengan Allah yang Maha Kuasa. Insya-Allah… Semoga semua sahabat sentiasa dilindungi dan akan dijemput menjadi tetamu Allah. 

“Semoga Allah akan makbulkan semua doa dan permintaan Angeline,” tulisnya.

View this post on Instagram

A post shared by Angeline Tan (@angelinetanyy)

PILIHAN PEMBACA: “Saya Kini Tenang, Rasa Bahagia & Gembira” – Angeline Tan

Angeline ke Tanah Suci ditemani suami tercinta, Sabri Yunus, 65.

Terdahulu, Angeline memeluk Islam pada 26 September lalu dan selamat bernikah dengan Sabri di Perlis pada 14 Oktober lalu.

Sabri yang dikenali dengan watak Wan Ismail Golok dan Pak Ya Concodei sudah 16 tahun bergelar duda selepas kematian isterinya, Norraya Mohd Yusof akibat penyakit kanser. 

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata.

Salam Muslim

Share
Published by
Salam Muslim

Recent Posts

Geng Ngaji | Aina Abdul (Surah Al-Mu’minun Ayat 1-3)

Ikuti episod Geng Ngaji bersama Aina Abdul di mana beliau akan membacakan Surah Al-Mu'minun Ayat…

2 years ago

Esok Dah Masuk Ramadan, Lunaskan Hutang Fidyah Segara!

Apa yang dimaksudkan dengan Fidyah? idyah ialah bayaran  yang dikenakan  bagi  seseorang Islam yang telah baligh kerana meninggalkan…

2 years ago

Sunnah Seminit: Dah Berhijrah Jadi Baik Sampai Ketawa Pun Tak Boleh? | Ustaz Izmir Fareez

Ada orang yang baru berhijrah ke jalan agama sampai senyum pun tak mau apatah lagi…

2 years ago

TADABBUR HATI USTAZ DON – ZIZI KIRANA

Sejak kebelakangan ini banyak perubahan yang kita lihat pada Zizi Kirana. Apa yang membuatkan Zizi…

2 years ago

ASSALAMUALAIKUM KUANTAN

MUSLIM & MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR Anda dijemput ke Astro Ramadan Showcase yang bakal mengindahi kehadiran…

2 years ago

TanyaUstaz: Apa Hukum Ganti Jantung Manusia kepada Jantung Babi?

TanyaUstaz kali ni, Cik Bam bertanya pada Ustaz Izmir Fareez tentang persolan yang terdapat dalam…

2 years ago